Lebih 10,000 saksikan perarakan FMJ 2022

Lebih 10,000 saksikan perarakan FMJ 2022

PERSEMBAHAN tarian turut menyerikan perarakan sempena Festival Majestic Johor 2022 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Lebih 10,000 orang menyaksikan perarakan sempena Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 di Puteri Harbour, di sini malam tadi.

Perarakan tersebut melibatkan 15 kontinjen termasuk pelajar, persatuan dan agensi kerajaan. Walaupun perarakan bermula pukul 9 malam, orang ramai mula datang sejak pukul 5 petang bagi mengelak berlakunya kesesakan jalan  raya di kawasan tersebut.

Perarakan termasuk melintasi pentas utama berhadapan dengan Hotel Jen turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Datuk Mohd. Hafiz Ahmad; Pengarah Tourism Johor, Shuhairi Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Khairil Anwar Ahmad.

Perarakan dimulakan dengan persembahan tarian daripada Yayasan Warisan Johor diikuti paluan gendang Cina dan tarian zapin oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi yang baru memenangi pertandingan Zapin Jauhar peringkat negeri.

Antara yang mengambil bahagian dalam perarakan itu ialah pancaragam daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim (SIGS) dan SMK Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), tarian singa dan tarian barongan dari Parit Jawa.

Kerajaan negeri menyasarkan dapat menarik antara 500,000 hingga 700,000 pengunjung ke festival berkenaan. FMJ 2022 yang julung kali anjuran kerajaan negeri menerusi Tourism Johor bermula 8  September hingga hari ini turut mendapat kerjasama daripada MBIP, UEM Sunrise dan Iskandar Puteri Tourism Action Council (IPTAC). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.