KVRM anjur golf amal bantu balu, OKU

KVRM anjur golf amal bantu balu, OKU, tawar hadiah motosikal Harley Davidson

KAMARUDDIN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kelab Veteran Kor Risk Malaysia (KVRM) bakal menganjurkan kejohanan golf amal yang dikenali Charity Golf Tournament 2022 pada 8 Oktober depan.

Kejohanan yang akan berlangsung di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) di sini, bertujuan mengutip dana bagi membantu ahli-ahli bekas anggota tentera Kor Risik Malaysia tidak berpencen terutama golongan balu dan orang kurang upaya (OKU).

Menurut Bendahari KVRM, Datuk Kamaruddin Mohamed, pihaknya mendapati ramai bekas-bekas anggota Kor Risik Malaysia terutamanya balu-balu dan OKU tidak terbela nasib mereka.

Katanya, walaupun ada bantuan daripada pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau agensi-agensi kerajaan yang lain, namun itu tidak mencukupi buat mereka terutamanya bagi golongan OKU dan yang hidup daif.

Justeru, katanya, atas dasar kesedaran dan simpati dengan nasib mereka, pihak KVRM mengambil inisiatif menganjurkan kejohanan golf amal untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

“Walaupun kejohanan ini julung kali diadakan, namun alhamdulillah…ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pemain-pemain golf dari banyak negeri selain Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ini terbukti apabila lebih 120 pemain yang sudah mendaftarkan diri. Melihat kepada sambutan menggalakkan ini, kita mungkin akan hadkan kepada 136 pemain,” ujarnya sambil menetapkan tarikh tutup penyertaan pada 28 September ini dengan yuran penyertaan RM400 seorang.

Menurut Kamaruddin, pada kejohanan itu nanti, KVRM yang kini mempunyai 1,400 ahli akan membawa seramai 20 orang terdiri daripada balu dan OKU dari Kuala Lumpur dan Selangor untuk dihulurkan sumbangan.

“Buat permulaan, kita akan bawa 20 orang. Mungkin pada kejohanan akan datang kita akan bawa lebih dari negeri-negeri lain pula untuk menerima bantuan,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Kejohanan amal Charity Golf Tournament 2022 ini turut dijayakan bersama oleh Golfer Dock iaitu sebuah syarikat peralatan golf dan club fitting terkenal di Lembah Klang, selain syarikat DK Bikes Sdn. Bhd. yang menyumbangkan dua buah motosikal Harley Davidson sebagai hadiah hole in one.

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh menghubungi Datuk Kamaruddin (019-3339237), Kapten (R) Khairil (012-5153177, Md. Johor (019-3584993) dan Rasshi (017-2326678). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya