KPDNHEP bantu banteras jualan telur  penyu

KPDNHEP bantu banteras jualan telur  penyu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedia membantu dalam membantes penjualan telur penyu dalam talian. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedia membantu kerajaan Terengganu dan Jabatan Perikanan Malaysia membanteras penjualan telur penyu dalam talian memandangkan pengharamannya berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, KPDNHEP boleh mengarahkan platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan dan penjualan telur penyu tersebut.

“Kementerian akan bertindak sekiranya menerima aduan daripada kerajaan negeri Terengganu atau Jabatan Perikanan kerana ia adalah di bawah bidang kuasa mereka.

“Namun, setakat ini kita masih belum menerima apa-apa aduan dari mana-man pihak mengenai penjualan telur penyu secara terbuka di platform perniagaan atas talian ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PMJKM) di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan terdapat peniaga yang berani menjual telur penyu secara terbuka di platform Shopee walaupun kerajaan Terengganu telah mengharamkan penjualannya untuk melindungi spesies haiwan yang sangat terancam itu.

Telur penyu yang diiklankan di media sosial  itu dijual RM7.50 sebiji atau harga lebih murah iaitu RM6.90 sebiji untuk pembelian borong lebih dari 15 biji.

Peniaga terbabit mengiklankan telur penyu itu sebagai telur dari dasar laut Terengganu turut  memberikan resipi cara memasak telur penyu beserta beberapa tips untuk pembeli menikmati telur eksotik tersebut.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, KPDNHEP juga boleh mengambil tindakan terus kepada peniaga sekiranya menjual harga telur penyu terlalu mahal sekiranya mendapat aduan.

“Ada dua kesalahan, yang pertama menjual telur penyu yang telah diharamkan dan kedua harga terlalu tinggi. Contohnya biasa jual RM8 sebiji tapi jual lebih dari itu, RM50 misalnya, kita akan ambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan,” katanya.

Pada November 2021, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dengan sebulat suara telah meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) untuk mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu demi menjaga kelestariannya.

Pindaan itu antara lain, akan mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan penyu, dengan menetapkan kadar denda yang lebih tinggi terhadap kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu, iaitu RM50,000 hingga RM250,000 berbanding hanya RM3,000 sebelum ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya