Komited reformasi RUU hukuman mati mandatori

Kerajaan komited reformasi RUU hukuman mati mandatori menjelang Oktober 

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan komited untuk terus mereformasi pindaan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan hukuman mati mandatori menjelang Oktober ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau dan ahli-ahli Parlimen juga berkongsi objektif sama untuk mengekalkan keadilan di negara ini dalam usaha menambah baik hukuman berkenaan. 

“Saya mempengerusikan sesi libat urus bersama  Ahli Dewan Rakyat yang mewakili parti-parti merentasi jurang politik berkenaan isu hukuman mati mandatori. 

“Sesi libat urus ini diadakan bagi memberi taklimat mengenai pindaan-pindaan yang dicadangkan terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori dan 23 kesalahan lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

8 Jun lalu, kerajaan bersetuju secara prinsip untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan diganti hukuman tertakluk budi bicara mahkamah, dengan keputusan dicapai selepas mendengar pembentangan pelaporan hasil kajian Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori. 

Pemansuhan hukuman mati mandatori membabitkan 11 kesalahan iaitu sembilan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan 2 kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Jelas Wan Junaidi, pembentangan itu juga adalah untuk mendapatkan input sebelum rang undang-undang ini dibentangkan di Parlimen pada sesi mesyuarat akan datang. 

Katanya, cadangan pindaan juga mengambil kira hukuman alternatif dan pindaan berbangkit yang lain.

“Pembentangan yang disampaikan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM telah meliputi empat perkara iaitu pindaan kepada 34 kesalahan relevan, penyeragaman definisi ‘life imprisonment’ dan ‘natural life sentence’, status moratorium kepada banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati dan rancangan bagi fasa kedua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN