Kerinduan Daud Kilau terhadap peminat akhirnya terubat

Kerinduan Daud Kilau terhadap peminat akhirnya terubat

M. DAUD Kilau (depan) bersama pemenang tempat pertama hingga ketiga pertandingan Pencarian Bintang M. Daud Kilau di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Keadaan kesihatan yang kurang baik tidak menghalang penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau hadir menyaksi dan memeriahkan pertandingan akhir Pencarian Bintang M. Daud Kilau yang di Dataran Menara Condong di sini, kelmarin.

Penyanyi berusia 84 tahun itu yang menghidap menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil berkata, beliau sebenarnya kurang sihat namun tetap menguatkan semangat untuk datang dan menyaksikan sendiri pertandingan itu yang diadakan sempena Festival Kraf Perak.

Katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi pertandingan, dia berasa sangat gembira melihat suasana pertandingan dan dapat bertemu dengan para peminatnya.

“Saya tak sangka ramai peminat yang datang dan berjumpa, bergambar, bersalam serta tanyakan khabar tentang keadaan saya.

“Saya terharu dan rasa sangat dihargai walaupun sudah lama tidak membuat persembahan pentas. Kerinduan saya kepada peminat dan suasana seperti ini akhirnya terubat.

“Sudah lama saya tidak merasai keseronokan bertemu peminat seperti malam ini, terima kasih kerana masih sayangkan saya dan lagu-lagu saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Kebudayaan Daerah Hilir Perak kerana berjaya menganjurkan pertandingan pencarian bintang itu dan mendapat sambutan baik.

Katanya, beliau gembira kerana dapat menyaksikan sendiri para peserta yang menyertai pertandingan itu membuat persembahan dengan gaya masing-masing.

“Semua 10 peserta yang layak ke pertandingan akhir malam ini semuanya bagus-bagus dan berbakat apabila menggayakan persembahan masing-masing untuk menjadi pengganti saya,” katanya.

Pada pertandingan itu, Zainal Kamaruddin muncul pemenang dengan lagu ‘Salam Kasihku’.

Menurut Zainal, dia rasa bertuah kerana bukan sahaja muncul pemenang pertandingan tetapi dapat membuat persembahan di hadapan penyanyi yang diminatinya itu.

“Saya memang meminati Daud Kilau sejak kecil dan sering mendengar lagu-lagunya. Hari ini, bukan hadiah yang saya harapkan sangat tapi dapat mendendangkan lagu dan bertemu Daud Kilau,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Perak, Azmi Ismail berkata, pertandingan itu akan diperluas di tempat lain yang mencari pengganti Daud Kilau yang benar-benar layak.

Sebelum ini, Daud Kilau yang menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas berkata, beliau lebih banyak berbaring di rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya