[KEPUTUSAN KES RASUAH] Bung Moktar, isteri tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

[KEPUTUSAN KES RASUAH] Bung Moktar, isteri tiba di mahkamah

BUNG Moktar Radin bersama isteri, Zizie Izette Abdul Samad tiba bagi keputusan kes tuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan sama ada mereka akan dibebaskan atau dipanggil membela diri atas tuduhan menerima dan bersubahat menerima rasuah RM2.8 juta.

Bung Moktar dan isterinya tiba pukul 2.25 petang diiringi beberapa orang pegawai dan kedua-duanya turut melemparkan senyuman kepada pengamal media yang menunggu mereka sejak tengah hari tadi.

Bung Moktar memakai sut biru gelap dengan kemeja merah jambu manakala isterinya, Zizie pula memakai sut hitam dengan kemeja kuning air serta berkaca mata hitam.

Mereka didakwa terhadap pertuduhan rasuah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob menetapkan hari ini bagi keputusan selepas selesai mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan yang mewakili Bung Moktar dan Zizie pada 24 Jun lalu.

Sekiranya mahkamah mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, maka pasangan itu akan dipanggil membela diri.

Jika tidak, Bung Moktar dan Zizie akan dilepaskan daripada pertuduhan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya