Jurumudi bot tidak berkelayakan ditahan Maritim

Jurumudi bot tidak berkelayakan ditahan Maritim

RONDAAN keselamatan sempena musim cuti sekolah dilakukan Maritim Malaysia di sekitar pantai peranginan di Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan dua buah bot melibatkan kesalahan jurumudi tiada kelayakan dan bot beroperasi tanpa lesen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua buah bot melibatkan kesalahan jurumudi tiada kelayakan dan bot beroperasi tanpa lesen ketika operasi rondaan di sekitar pantai peranginan di Melaka dan Negeri Sembilan. 

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, kesalahan itu dilakukan pada 7 dan 8 September lalu ketika rondaan keselamatan sempena musim cuti sekolah.

Menurut beliau, siasatan lanjut akan dilakukan pihaknya di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Selain rondaan keselamatan, bot ronda Maritim turut melaksanakan penguatkuasaan terhadap bot rekreasi yang tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan terhadap bot berkenaan mendapati, jurumudi tidak mempunyai sijil kompetensi manakala sebuah bot pula didapati beroperasi tanpa lesen daripada Jabatan Laut dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Iskandar berkata, pihaknya turut melakukan rondaan darat di sekitar pantai membabitkan Pantai Puteri di sini hingga ke Port Dickson, Negeri Sembilan sepanjang minggu ini.

Katanya, ia bertujuan menyantuni dan memberikan nasihat keselamatan kepada pengunjung di samping pemantauan terhadap pengusaha bot rekreasi.

“Komuniti maritim termasuk pengunjung pantai rekreasi dinasihatkan mengutamakan keselamatan semasa melakukan aktiviti air.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca tidak menentu pada fasa peralihan Monsun Timur Laut pertengahan bulan ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN