JAIS masih jalankan siasatan ajaran ‘Hadi Minallah’ - Utusan Malaysia

JAIS masih jalankan siasatan ajaran ‘Hadi Minallah’

AJARAN sesat Hadi Minallah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemantauan terhadap ajaran sesat ‘Hadi Minallah’ belum berakhir, sebaliknya pergerakan kumpulan itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, tiada perkara yang boleh didedahkan sehingga Jawatankuasa Persidangan memuktamadkan hasil siasatan awal.

“Kita tidak maklumkan apa-apa sebelum kita muktamadkan hasil siasatan awal. Sebab kita tidak mahu ada apa-apa juga maklumat yang akhirnya ia dieksploitasi dan kita nanti menang promosi sahaja. Tiada strategi untuk bertindak akhirnya kita tidak dapat matlamat perundangan untuk dikuatkuasakan,” katanya katanya ditemui dalam Majlis Perasmian Masjid Ar Raudhah Seksyen U10, Puncak Perdana malam tadi.

MOHD. SHAHZIHAN AHMAD

Dalam majlis tersebut Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat merasmikan masjid berkenaan.

JAIS sebelum ini dilapor akan memperincikan laporan berkaitan ajaran sesat Hadi Minallah terutama melibatkan siasatan dan individu terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan dikeluarkan mengenai kewujudan ajaran itu di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shahzihan memberitahu, siasatan kes tersebut masih dilakukan termasuk mengenal pasti perwatakan individu terbabit untuk mengaitkannya dengan maklumat yang diterima.

“Kerana ada maklumat yang tidak disokong oleh data-data lain tidak memberi untung keterangan di mahkamah. Setiap maklumat tentang ajaran sesat tersebut sedang disahkan. Justeru maklumat yang ada perlu disahkan bagi memastikan kes tersebut menang di mahkamah,” katanya.

Mengulas lanjut, bagaimanapun beliau tidak mahu bertindak atas keterangan dengar cakap yang akhirnya ditolak oleh mahkamah.

Namun, beliau tidak menolak jika terdapat pergerakan keluar masuk ke dalam negara oleh dua hingga individu yang terlibat.

“Buat masa ini kita perhatikan sejauh mana penglibatan mereka dalam perkara (penyebaran ajaran sesat tersebut) ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya