IPOH: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter jenis Eurocopter terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Kuala Lumpur pada pukul 12.16 tengah hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.
“Helikopter berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada pukul 11.37 pagi sebelum terputus hubungan 39 minit kemudian dengan menara kawalan udara.
“Helikopter milik syarikat swasta berkenaan dikhuatiri hilang di kawasan hutan berhampiran Bidor, Perak,” katanya. – UTUSAN











