Hasrat juruterbang jumpa isteri tidak kesampaian

Hasrat juruterbang jumpa isteri tidak kesampaian

GAMBAR Tsz Kin Richard Chan (kiri) makan bersama Loo Ying Leng (kanan) dan suami di sebuah restoran di ibu negara baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Juruterbang yang maut dalam nahas helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Kampung Kenangan dekat Bidor semalam pernah menyuarakan hasrat bertemu isterinya yang menetap di Hong Kong.

Rakannya, Tammy Loo Yin Leng, 53, berkata, hasrat Tsz Kin Richard Chan, 58, itu dimaklumkan kepadanya ketika mereka bertemu beberapa bulan lalu.

“Isteri Richard menetap di Hong Kong dan mereka telah beberapa tahun tidak bertemu disebabkan pandemik Covid-19.

“Richard ada beritahu yang dia tidak sabar tunggu isterinya datang (bercuti ke Malaysia) mungkin pada Oktober atau November depan. Dia juga ada rancang mahu perkenalkan isterinya kepada saya dan suami,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yin Leng yang juga menetap di perumahan sama juruterbang itu di Ara Damansara, Selangor berkata, mereka sekeluarga telah mengenali Richard sejak tiga tahun lalu dan mereka sering meluangkan masa makan malam bersama.

Malah katanya, anak perempuannya yang kini menyambung pengajian di Toronto, Kanada juga amat rapat dengan lelaki itu.

“Kali terakhir kami berhubung melalui Whatsapp Ahad lalu pada pukul 11.11 pagi. Kami rancang untuk makan malam bersama pada 7 petang. 

“Dia sangat gemarkan masakan Cina, jadi kami rancang mahu makan hidangan nasi itik,” katanya.

Tambah Yin Leng, kejadian menimpa Richard memberi kesan kepada mereka sekeluarga kerana lelaki itu amat disenangi kerana perwatakannya yang baik dan merendah diri.

“Kami tidak sangka Richard akan terlibat dalam nahas tersebut. Ketika tahu dia dijumpai selamat, kami sangat lega. Tidak sangka dia akhirnya terkorban.

“Kehilangannya betul-betul memberi kesan kepada kami kerana dia seorang yang sangat baik,” katanya.

Mayat juruterbang warga Hong Kong itu ditemukan di bahagian kokpit helikopter kurang 24 jam selepas dilaporkan gagal dihubungi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada pukul 12.16 tengah hari Ahad lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya