Harimau belang berkeliaran di Bukit Awan, Ulu Tembeling

[VIDEO] Harimau belang berkeliaran di Bukit Awan, Ulu Tembeling

ANGKAP layar memaparkan seekor harimau berjalan di atas jalan raya di Bukit Awan, kira-kira enam kilometer dari Kampung Pagi, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seekor harimau belang ditemukan berkeliaran di atas jalan raya di kawasan Bukit Awan, kira-kira enam kilometer dari Kampung Pagi, Ulu Tembeling di sini, semalam.

Video berdurasi 30 saat penemuan haiwan itu dirakam penduduk Kampung Pagi, Mohd. Izat Abd. Ghani, 34, kira-kira pukul 9.30 malam  ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke Kampung Pagi bersama dua rakannya.

“Apabila kereta menghampiri kawasan Bukit Awan, tiba-tiba kami ternampak seekor Harimau Malaya yang sedang berlari di atas jalan raya.

“Kami terkejut dan harimau belang terus itu melintas sambil menoleh ke arah cahaya lampu kereta sebelum menyusup di bawah besi penghadang kanan jalan dan masuk ke dalam semak,” katanya di Kampung Pagi di sini hari ini.

SEEKOR Harimau Malaya atau harimau belang melintas di kawasan Bukit Awan berdekatan Kampung Pagi, Ulu Tembeling di Jerantut, Pahang.

Rakannya, Ahmad Hafizee Mohamad, 45, berkata, ketika asyik berbual mereka tidak menyangka Harimau Malaya tiba-tiba berada di atas jalan raya melintas di situ.

“Ketika haiwan ini menoleh ke belakang, biji matanya kelihatan bercahaya dalam beberapa saat terkena silau cahaya lampu kereta,” katanya.

Menurutnya, peristiwa terserempak dengan Harimau Belang memang lumrah bagi penduduk Ulu Tembeling sejak dua dekad lalu kerana haiwan liar itu cuma tinggal di hutan pinggir berdekatan jalan raya Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Mat Daling (Ulu Tembeling).

Sementara itu, penduduk Kampung Pagi, Mokhtar Abdullah, 32, berkata, penebangan hutan untuk pengeluaran kayu balak komersial antara faktor habitat harimau dan haiwan lain terganggu serta musnah termasuk kawasan rayau mencari makanan.

“Habitat harimau belang dan gajah liar berdekatan Kampung Pagi dan penempatan lain di pesisir Sungai Tembeling kerana habitat hidupan ini sudah terancam,” katanya.

Ujarnya, haiwan liar seperti Harimau Malaya dan gajah keluar pada waktu malam merayau-rayau di pinggir kampung untuk mencari makanan dan kadangkala terserempak dengan penduduk Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat dan penempatan lain di Ulu Tembeling. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya