Geng Pendang aktif pecah rumah tumpas 

Geng Pendang aktif pecah rumah tumpas 

MOHD. Radzi Ahmad menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada kumpulan 'Geng Pendang' yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dalam sidang akhbar di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Satu kumpulan jenayah dikenali ‘Geng Pendang’ yang bergiat aktif dalam kes pecah rumah di sekitar daerah ini sejak awal tahun ini tumpas apabila empat lelaki tempatan ditahan menerusi Op Pintu di Kedah, 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, keempat-empat suspek yang berusia antara 29 sehingga 39 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di Pendang, Sungai Petani dan Alor Setar.

Menurut beliau, dalam operasi sama polis merampas pelbagai barangan daripada suspek antaranya beg tangan berjenama, wang tunai, telefon bimbit, peralatan pecah rumah dan kereta sewa Perodua Bezza yang digunakan untuk aktiviti pecah rumah.

“Susulan tangkapan itu, polis berjaya menahan seorang pemilik kedai emas berusia 52 tahun di Alor Setar yang mengakui membeli dan meleburkan barangan kemas yang dijual keempat-empat suspek,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, menerusi tangkapan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah daerah terbabit.

Ujarnya, semakan mendapati kesemua suspek memiliki rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah. 

“Kesemua suspek direman bermula Ahad lalu sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN