MINAT yang dipupuk sejak di bangku sekolah mendorongkumpulan SUAV untuk terus mencari ruang mengetengahkan karya mereka.
Akur industri kini dibanjiri ramai penyanyi berbakat, SUAV yang dianggotai tiga anak muda iaitu Adam Imanullah Izzuddin (vokalis/gitar), Muhammad Akif Taqiuzaman Norzam, (vokalis/gitar dan piano) serta Mohamad Ariff Mohamad Salleh Aludin (bass) enggan menyerah kalah untuk memperkenalkan kemampuan mereka.
“Antara cabaran terbesar yang kami terpaksa hadapi adalah untuk menonjolkan diri dan mendapat tempat di hati peminat. Ramai artis yang berbakat dan hebat menyebabkan persaingan menjadi
amat sengit.
“Kami harus memikirkan cara yang lebih baik untuk memenangi hati dan perhatian pendengar.
“Kami yakin gabungan genre muzik kami iaitu pop, rock, elektronik dan juga rap menjadikan muzik SUAV lain daripada yang lain,” kata Muhammad Akif.
Menurut Akif, kelainan yang dibawakan itu sedikit sebanyak membantu mereka menonjolkan kredibiliti SUAV dalam industri muzik.
“Bagaimanapun, keseimbangan antara apa yang kami suka dan apa yang boleh diterima pendengar perlu dititikberatkan.
“Bagi kami, objektif utama adalah untuk membuat lagu yang sedap dan mampu menyentuh perasaan pendengar,” katanya.
SUAV mula berjinak-jinak dalam industri sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Namun, setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semua usaha mereka untuk meningkatkan momentum kumpulan menjadi sia-sia.
Akif memberitahu, banyak tawaran nyanyian terpaksa dilepaskan apabila aktiviti seni terhenti. Biarpun begitu, ia tidak mematahkan semangat kumpulan ini untuk terusmengukir nama dalam industri.
RAJA DI SINI BERI NAFAS BAHARU
Setelah beberapa tahun mencuba, SUAV akhirnya muncul dengan single perdana berjudul Raja Di Sini.
Sambung Akif, lagu itu menceritakan tentang seseorang yang telah sampai ke satu tahap dalam kehidupan dan menyedari dia sebenarnya tidak bahagia kerana sentiasa perlu memuaskan hati orang lain.
Dirakamkan di Rumie Music Lab (RML), Raja Di Sini menerima sentuhan daripada barisan karyawan legenda termasuk komposer, Aidit Alfian sebagai penerbit, Alfa Booty (penolong penerbit), Rumie Booty (jururakam bunyi) dan Retno Junaidi (pengendali studio).
“Demo lagu ini dirakamkan beberapa tahun lalu dan ia mempunyai susunan muzik yang sangat berbeza dari segi aura dan lirik.
“Lagu ini dipilih untuk menjadi single perdana kami kerana ia membawa nafas segar dengan susunan muzik berbeza daripada kumpulan pop rock sedia ada.
“Lagu ciptaan kami ini telah diperkenalkan di laman YouTube pada 25 Ogos lalu dan kami merancang untuk melancarkannya di semua platform digital dalam masa terdekat,” kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.
Akif berkata, lagu ini juga aka menjadi runut bunyi filem Gantung The Movie.
“Kami sangat berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan. Kami berharap pendengar dapat menghayati dan merasai ‘pengalaman’ sebenar dalam lagu ini melalui video muziknya,” katanya. – UTUSAN










