Fasiliti awam, sekolah asrama jadi pusat pemindahan sementara banjir

Fasiliti awam, sekolah asrama dijadikan pusat pemindahan sementara banjir 1 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Operasi penempatan mangsa-mangsa banjir dilaksanakan dengan mengambil kira keselesaan dan kebajikan Keluarga Malaysia secara keseluruhannya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengenai kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut
2022/2023.

Kata beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi berkaitan memberi kebenaran kepada penggunaan premis-premis awam dan sekolah- sekolah berasrama yang mempunyai fasiliti lengkap dan selesa sebagai pilihan utama Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkuat kuasa pada 1 Oktober ini.

MOHD. ZUKI ALI

Untuk itu, beliau berkata, bagi memastikan kelancaran operasi di lapangan, Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20 menetapkan bahawa Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mempunyai kuasa mengenal pasti dan mengisytiharkan mana-mana premis awam dan sekolah terutama sekolah berasrama untuk
dijadikan sebagai PPS.

“Pelbagai agensi kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat sentiasa bekerjasama untuk terus meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang bencana.

“Ini bagi memastikan Keluarga Malaysia yang terkesan mendapat penempatan selesa, perlindungan selamat serta kebajikan terjamin sepanjang berada di PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN