Bukan takut PRU15, Pas fokus laksana manifesto

Bukan takut PRU15, Pas fokus laksana manifesto

AHMAD Yakob (kanan) menyerahkan replika kunci rumah Dhuafat kepada Rahimah Salleh di Kampung Kutan Tengah, Tumpat, Kelantan. - FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pas menegaskan mereka tidak takut untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika Dewan Rakyat dibubarkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menegaskan, parti itu lebih mengutamakan usaha menyelesaikan masalah rakyat selain menyempurnakan janji-janji yang termaktub dalam manifesto yang masih lagi berbaki.

Menurutnya, jika PRU15 diadakan pada musim banjir, kerajaan akan berdepan dengan pelbagai kesulitan yang dibimbangi boleh menjejaskan proses pembuangan undi.

“Untuk makluman setiap kali musim tengkujuh, sekolah digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS). Musim PRU pula ia digunakan sebagai pusat pengundi. Jika kedua-dua digunakan secara serentak ia akan menjejaskan proses PRU.

“Jadi di mana kita hendak tempat mangsa-mangsa banjir ini. Sebab itulah perkara ini perlu dielakkan bukan kerana Pas mahu perkukuhkan kedudukan atau takut untuk PRU,” katanya selepas program Penyerahan Rumah Dhuafat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di Kampung Kutan Tengah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa Pas takut politik semasa menghanyutkan dan menghancurkan kuasa serta pengaruh parti itu sekiranya PRU15 disegerakan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Nur Jazlan berkata, Pas akan cuba menggunakan pelbagai taktik dan alasan untuk melambat-lambatkan PRU15 supaya dapat mengukuhkan kedudukan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya