Bot pelancong tamak bawa penumpang lebih muatan

Bot pelancong tamak bawa penumpang lebih muatan

Kebanyakan pulau-pulau peranginan di Terengganu menutup operasi pada musih tengkujuh bagi menjamin keselamatan pengunjung. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sikap tamak pengusaha bot pelancong yang ingin mengaut keuntungan hingga sanggup membawa penumpang melebihi muatan ke pulau-pulau peranginan sekitar negeri ini tidak tercapai apabila mereka diarah berpatah balik ke jeti.

Kesalahan itu dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu dalam Operasi Anai-Anai Laut yang diadakan selama lima hari bermula 4 September lalu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, sebanyak 95 pemeriksaan telah dilakukan oleh 20 kakitangannya sepanjang operasi berlangsung di pantai, pulau dan di jeti-jeti pelancongan dalam tempoh tersebut.

“Pengusaha bot ini mengambil kesempatan sempena cuti sekolah kerana permintaan untuk lawatan harian ke pulau-pulau sangat tinggi hingga sanggup mengabaikan aspek keselamatan.

“Membawa penumpang berlebihan adalah satu kesalahan serius kerana boleh menyebabkan pelbagai insiden yang tidak diingini. Bot-bot ini telah diarahkan balik ke jeti dan menurunkan penumpang berlebihan serta diberi amaran tegas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Ops Anai-anai Laut itu dilancarkan bagi mengukuhkan lagi penguatkuasaan dengan meningkatkan kesiapsiagaan aset-aset, keanggotaan serta penguatkuasaan terutamanya di kawasan pelancongan seperti pantai dan pulau peranginan di sekitar Terengganu.

Menurutnya, sepanjang operasi ini, penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang seperti lesen, operasi bot penumpang dan pemakaian jaket keselamatan turut dilakukan.

“Aspek keselamatan ini sering diambil mudah oleh pengusaha dan penumpang atau pelancong yang melakukan aktiviti riadah serta rekreasi terutama di musim cuti sekolah ini.

“Ada penumpang yang memberi alasan tidak mahu memakai jaket keselamatan di dalam bot kerana telah basah dan ada juga beri alasan tidak mahu memakai jaket keselamatan sekejap sahaja bagi tujuan merakam foto dan video kenangan ketika berada di dalam bot,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya