Air naik cepat, penduduk tak sempat selamatkan barang

Air naik cepat, penduduk tak sempat selamatkan barang

TUMIRAN TUMIAN menyusun barang yang rosak ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kejadian banjir kilat yang berlaku dengan cepat menyebabkan penduduk Kampung Baru di sini tidak sempat menyelamatkan barangan berharga.

Menurut Robiah Mohd. Akil, 62, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, air naik dengan pantas, iaitu melebihi paras lutut dalam masa satu jam.

Dia yang ketika itu bersama-sama suami, Johari Abd. Jalil, 68, panik dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa apabila paras air terus naik hingga pinggang. 

Dia yang baru menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut di Hospital Sultan Ismail (HSI) bulan lalu tetap menguatkan diri untuk menyelamatkan sebanyak mungkin barang berharga.

“Walaupun keadaan fizikal tidak mengizinkan, mak cik tetap cuba mengalihkan barang berharga ke tempat tinggi agar tidak rosak ditenggelami air.

“Kemudian mak cik dan suami duduk di tempat yang lebih tinggi di dalam rumah itu sementara menunggu bantuan tiba,” katanya yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menggunakan bot oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Gelang Patah semalam.

Jirannya, Basroen Adnan, 59, berkata, hampir semua perabot dan barangan elektrik di rumahnya rosak dalam kejadian banjir kilat berkenaan.

Pengawal keselamatan itu terpaksa membatalkan hasrat untuk pergi kerja setelah melihat rumahnya dinaiki air dengan pantas.

ROBIAH MOHD. AKIL menunjukkan almari pakaian yang rosak dalam kejadian banjir di Iskandar Puteri.

“Pada ketika itu saya hanya menjangkakan banjir kilat seperti biasa, tidak sangka pula air naik dengan cepat. Ini disebabkan pintu air rosak di Sungai Senapang yang terletak berhampiran.

“Dengan keadaan banjir sahaja, air sudah naik paras dada, entah macam mana keadaan kami ketika fenomena air pasang besar pada hujung bulan ini. Harap pihak kerajaan dapat lakukan pelan tindakan atasi masalah ini,” katanya. 

Sementara itu, Tumiran Tumian, 46, berasa bingung setelah kereta Perodua Kancil dan mesin basuh yang dibaiki di rumahnya tidak dapat diselamatkan dan ditenggelami banjir. 

Ketika kejadian, dia sedang bekerja di kilang sebelum dihubungi isterinya memaklumkan rumah sudah dinaiki air.

“Hampir semua perabot dan barang elektrik tidak sempat diselamatkan dalam kejadian banjir itu yang setinggi paras dada. Ini adalah kejadian terburuk sejak banjir besar tiga tahun lalu.

“Saya akan periksa semula sama ada mesin basuh pelanggan itu boleh dibaiki atau tidak. Saya amat khuatir kejadian sama berulang selepas ini,” katanya yang mengambil upah membaiki mesin basuh.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.