99 mangsa sindiket penipuan kerja masih gagal dikesan

99 mangsa sindiket penipuan kerja masih gagal dikesan

DUTA Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd. Hashim (tengah) bersama mangsa di Phnom Penh sebelum pulang ke tanah air. - IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar memaklumkan jumlah keseluruhan laporan mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara diterima setakat semalam ialah 301 kes.

Daripada jumlah tersebut pula, seramai 168 mangsa diselamatkan dan pulang ke tanah air manakala 34 orang lagi berada di depoh tahanan imigresen.negara terbabit.

“Baki 99 individu yang dilaporkan waris masih gagal ditemukan dan sedang cuba dikesan oleh pihak berkuasa di negara tersebut,” kata Wisma Putra menerusi kenyataan di sini malam tadi.

Angka berkenaan turut melibatkan seramai 54 orang di Myanmar, 28 orang di Laos dan 12 orang di Thailand yang sedang giat dijejaki oleh pihak kedutaan Malaysia di negara tersebut.

Wisma Putra memberi jaminan bahawa usaha pengesanan, menyelamat dan membawa balik warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket masih terus dipergiatkan termasuk di Kemboja. Malah, kelmarin 15 orang lagi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Phnom Penh melalui pesawat Air Asia penerbangan AK 535 pukul 11.50 malam.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Isnin lalu mengadakan perjumpaan secara maya bersama duta besar dan kuasa usaha sementara Malaysia di empat negara itu.

“Beliau  memperincikan langkah lanjut dalam menggiatkan usaha menyelamatkan mangsa melalui pejabat perwakilan Malaysia dalam usaha secara segera,” jelas Wisma Putra.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya