Waspada kutipan derma guna gambar Ainul Mardhiah

Waspada kutipan derma guna gambar Ainul Mardhiah

TANGKAP layar penipuan dalam laman sosial menggunakan gambar Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin untuk mengutip derma.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Orang ramai diminta berwaspada dan tidak terjebak dengan penipuan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar kanak-kanak bekas penghidap ketumbuhan dalam mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin untuk mengutip derma.

Berkongsi perkara itu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi berkata, kegiatan mengutip derma dengan mengeksploitasi gambar anaknya yang kini kritikal dikesan aktif memperdaya masyarakat dalam laman sosial.

“Yang mana ada jumpa scammer guna gambar Ainul untuk kaut duit, tolong kongsikan pada saya. Saya akan terus uar-uarkan pada akaun saya untuk tak nak orang ramai tertipu dengan mereka.

“Melampau betul mereka ini, buat kerja dan ambil kesempatan atas orang lain. Orang Islam kan? Cuba cari rezeki yang halal,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, bapa kepada  Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan, anaknya sedang ditidurkan selepas dipercayai mendapat jangkitan kuman sejak Jumaat lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Ahmad Safiuddin berkata, tanda-tanda awal yang ditunjukkan anaknya itu hanyalah batuk biasa dan kemudian dirujuk ke fasiliti kesihatan pada Ahad.

Katanya, Ainul Mardhiah sedang menggunakan bantuan ventilator memandangkan doktor mengesahkan, virus sudah merebak hampir ke semua anggota namun tidak mendedahkan lokasi anaknya itu dirawat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya