USIM, Nestle bekerjasama beri pendidikan halal ke sekolah

USIM, Nestle bekerjasama beri pendidikan halal ke sekolah

PROF. Dr. Sharifudin Md Shaarani (dua dari kiri) dan Adnan (dua dari kanan) bertukar dokumen pada majlis menandatangani MoA di antara USIM dan Nestle bagi Program Halal@School with Nestle yang diadakan di Bangi, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Nestle Product Sdn. Bhd. (Nestle) memeterai kerjasama dalam memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan keperluan kepada pemakanan halal serta kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada pelajar sekolah. 

Ia menerusi pelaksanaan Program Halal@School with Nestle yang merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Institut Fatwa dan Halal (Iffah) USIM dengan kerjasama Nestle.

Naib Canselor USIM, Prof. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, kerjasama kedua pihak itu merupakan langkah proaktif industri dalam menyokong program penyebaran ilmu kepenggunaan halal dilaksanakan oleh pihak universiti kepada masyarakat.

“Para pelajar akan dilibatkan dalam sesi pembelajaran menerusi perkongsian ilmu dan kesedaran berkenaan halal dalam kalangan masyarakat daripada setiap lapisan umur.

“Bertemakan Nutrisi Halal, Pendidikan Cemerlang, Halal@School with Nestle memberi penekanan kepada pemahaman berkaitan kepentingan pengambilan makanan yang halal dalam kalangan semua individu dan pada masa yang sama cakna kepada produk makanan halal, bersih, selamat dan sihat,” katanya.

Kerjasama di antara USIM dan Nestle itu dimeterai menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani semalam.

USIM diwakili oleh Sharifudin bersama Pengarah Iffah, Prof. Dr. Irwan Mohd Subri manakala Nestle diwakili oleh Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle Malaysia, Datuk Adnan Pawanteh serta Ketua Hal Ehwal Halal Nestle Malaysia, Othman Md Yusoff. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya