Usaha cari warga emas hilang masuk hari ketiga

Usaha cari warga emas hilang masuk hari ketiga

PASUKAN mencari dan menyelamat melakukan usaha pencarian Painah Siwan di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, Johor, yang dilaporkan hilang sejak 10 Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak 10 Ogos lalu masih gagal dikesan walaupun usaha pencarian memasuki hari ketiga.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa kira-kira pukul 11 malam pada hari kejadian.

PAINAH SIWAN

Wanita berkenaan, Painah Siwan, 79, tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira pukul 3.30 petang, dipercayai menuju ke kebun kelapa sawit di belakang rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang.

“Usaha pencarian awal sudah dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Senggarang, keluarga serta orang kampung, namun masih gagal menemukan mangsa.

“Usaha pencarian melibatkan 187 anggota  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut membantu usaha pencarian adalah Unit Pengesan PDRM dan JBPM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN