UMK wujud tabung kebajikan haiwan

UMK wujud tabung kebajikan haiwan

DR. ARHAM Abdullah (tiga dari kiri) memegang kucing yang mendapat perkhidmatan hotel kucing di UMK Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mewujudkan Tabung Endowmen Kebajikan Haiwan dalam usaha ‘membela’ dan ‘menjaga’ nasib haiwan yang terbiar di negeri ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Profesor Dr. Arham Abdullah berkata, tabung yang digerakkan oleh Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dengan bantuan Malaysian Animal Welfare Foundation (MNAWF) merupakan sebahagian usaha menyelamatkan haiwan ‘jalanan’ seperti kucing dan anjing. 

“Kita akan memanfaatkan kemudahan tabung ini untuk  memandulkan haiwan jalanan itu bagi mengurangkan populasinya.

“Selain selebihnya, kita akan gunakan untuk tujuan rawatan sekiranya haiwan itu sakit atau sebaliknya,” katanya selepas merasmikan Makmal Pengajaran Haiwan Kesayangan (CATeL) dan Tabung Endowment Kebajikan Haiwan di FPV UMK, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Mengulas mengenai CATeL Dr. Arham memberitahu, ia merupakan perkhidmatan ‘hotel kucing’ yang telah diperkenalkan sejak Ogos tahun lalu.

Katanya, menerusi perkhidmatan tersebut sebanyak 200 ekor kucing telah ditempatkan di CATEeL sehingga kini.

“Kucing yang diletakkan di sini wajib melengkapkan suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum pihak kita menerimanya.

“Kebiasaan kucing yang diletakkan di sini adalah penduduk tempatan dalam tempoh beberapa hari dengan bayaran maksimum untuk satu hari,” ujarnya.

Dr. Arham berkata, CATeL akan beroperasi sebagai penjagaan harian yang mengutamakan kebersihan, keselesaan dan keselamatan kucing.

“Ianya akan dikendalikan oleh pelajar program Doktor Perubatan Veterinar di bawah seliaan Pegawai Veterinar yang berpengalaman.

“CATeL juga menawarkan khidmat tatarias haiwan atas permintaan pelanggan bagi menjamin kesihatan dan penampilan kucing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN