Tiga lagi suspek serang pusat tahfiz ditahan

2 daripada 3 lagi suspek serang pusat tahfiz ditahan di Perhimpunan Yamaha RXZ 

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Tiga lagi suspek kes pukul seorang pelajar dan guru pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini yang tular semalam, ditahan polis pagi ini. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, dua suspek termasuk lelaki utama yang mencetuskan kejadian itu ditahan di Perhimpunan Yamaha RXZ 4.0 di Kuala Terengganu pada pukul 2 pagi ini, manakala seorang lagi di tahan di Felda Lepar Utara Satu, Jerantut pada pukul 8 pagi.

“Ketiga-tiga suspek berusia 30-an dibawa lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis untuk proses dokumentasi sebelum mendapat perintah reman dari mahkamah.  Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kawasan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Lipis di sini hari ini. 

AZLI MOHD. NOOR

Azli berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis heroin dan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, semalam polis memberkas dua suspek di Kampung Damak, Jerantut selepas kejadian tersebut dan juga didapati dadah jenis Methamphetamin. 

Beliau berkata, tangkapan kelima suspek tersebut berikutan polis menerima laporan selepas mereka  tersebut menyerang pusat tahfiz dan mencederakan dua mangsa semalam. 

“Kejadian ini dipercayai berpunca akibat suspek tidak berpuas hati terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz itu,” katanya. 

Selanjutnya, Azli menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri selain perlu berbincang terlebih dahulu sekiranya timbul rasa tidak puas hati terhadap pengurusan pusat tahfiz. 

“Tindakan membuat serangan fizikal dan menceroboh pusat tahfiz tidak dibenarkan sama sekali termasuk memasuki kawasan berkenaan terdapat kanak-kanak di bawah umur yang membabitkan Akta Kanak-kanak,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya