Tidak puas hati punca Ahmad Hasbullah, Hamidah keluar Putra

Tidak puas hati dengan GTA punca Ahmad Hasbullah, Hamidah keluar Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendedahkan tindakan Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman dan Ahli Dewan Tertinggi (ADT), Tuan Ahmad Hasbullah Alias yang mengumumkan keluar parti disebabkan kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA).

Setiausaha Agungnya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, parti itu menyambut baik keputusan kedua-dua pemimpin itu meninggalkan perjuangan tersebut sebagaimana rakaman ucapan yang dimuat naik mereka melalui aplikasi Tik Tok

“Mereka tidak puas hati apabila Putra bekerjasama dengan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta NGO Melayu Islam untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Untuk memaklumkan, mesyuarat ADT yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada 30 Julai lalu membuat ketetapan termasuklah menggabungkan parti-parti Melayu demi masa depan bangsa, agama, ekonomi dan perpecahan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Borhan memberitahu, isu penggabungan itu dibincangkan dua kali semasa berlangsungnya mesyuarat bulanan ADT.

Katanya, parti telah bersetuju sebulat suara untuk menyertai GTA tanpa pertikaian.

“Mandat dan keputusan bersama ini telah direalisasikan ke Mesyuarat Majlis Presiden GTA dan tindakan kedua-dua pemimpin itu tidak menjejaskan momentum gerak kerja parti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.