Tetapkan harga siling kadar upah penghantar

Tetapkan harga siling kadar upah penghantar

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang menetapkan harga siling kadar upah yang munasabah kepada pekerja penghantar p-hailing bagi mengelakkan isu sama berulang.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Persatuan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor berkata, itu antara pelan jangka pendek yang dikemukakan dalam perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan, wakil penghantar dan vendor esok.

Katanya, ini kerana masalah yang ketara membelenggu golongan penghantar terutama penghantar makanan ketika ini adalah disebabkan kadar upah yang berubah-ubah dan tidak standard.

“Dalam perbincangan Isnin ini, kita akan kemukakan pelan jangka pendek yang perlu dibuat segera kerana isu semalam (mogok) adalah isu berulang berikutan penurunan mendadak kadar upah yang dibuat sesuka hati.

“Kita cuma mahu isu sama tidak berulang. Penghantar Rider tak tahu berapa kadar upah fixed seperti satu kilometer berapa yang dia dapat, jadi benda ini berubah-ubah sesuka hati.

“Apa-apa pun, ia tetap berbalik kepada keadaan sekarang yang mana tidak ada satu undang-undang dan badan kawal selia yang dibuat untuk ekonomi p-hailing sebab itu masalah timbul,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, media melaporkan, kempen protes yang diadakan oleh sebuah kumpulan penghantar makanan akibat tidak berpuas hati dengan potongan kadar upah perjalanan mereka, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, satu pertemuan tertutup esok bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong yang mana turut diketuai oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, persatuan, wakil penghantar dan vendor.

Zulhelmi Mansor

Mengulas lanjut, Zulhelmi berkata, lima resolusi tuntutan hak penghantar juga dikemukakan dalam perbincangan tersebut sebagai satu pelan jangka panjang.

Katanya, antara tuntutan itu melibatkan pengiktirafan sebagai pekerja ekonomi gig, satu badan kawal selia yang mengawal ekosistem itu, perlindungan sosial membabitkan bantuan khusus dan isu penamatan rakan penghantar.

“Apa yang kita bawa bukan isu baru dan libat urus dengan kementerian pun bukanlah pertama kali. Tetapi sekarang kita kena lihat kementerian mana yang mahu menjaga industri p-hailing seperti mana e-hailing yang jelas di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Kementerian Sumber Manusia pun ada peranan dan Kementerian Pengangkutan pun ada peranan, jadi masih tak jelas lagi di bawah mana. Libat urus di bawah kementerian juga diperlukan supaya badan kawal selia itu dapat diwujudkan.

“Saya harap perbincangan kita Isnin (esok) boleh berjalan lancar sebab kerajaan pun sudah tahu masalah ini dan kita pun sudah ada cadangan yang boleh menyelesaikan.

“Jadi apa jua perkara polisi yang mahu dibuat mestilah ambil perhatian empat elemen kerana industri ini melibatkan pengguna, syarikat perkhidmatan, vendor dan pengguna,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya