Tarekat ditutup hanya dikesan di Seremban: MB

Tarekat ditutup hanya dikesan di Seremban: MB

AMINUDDIN Harun (tengah) ketika merasmikan Majlis Penutup Cabaran Trans Naning NS 2022 di Tampin hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Semua ajaran dan tarekat di negeri ini yang didapati sesat dan menyimpang dari ajaran agama Islam di negeri ini akan diambil tindakan tegas termasuk menutupnya.

Menteri Besar,  Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya sentiasa mendapat laporan daripada pihak Jabatan Mufti Negeri, Negeri Sembilan Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sekiranya berlaku aktiviti menyalahi akidah di negeri ini.

 “Kedua-dua jabatan ini bersama pihak-pihak berkuasa akan memantau dan  maklumat telah diterima dan memang patut ia ditutup awal.  

“Buat masa ini tarekat pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad dikesan di Seremban sahaja dan tidak berlaku di daerah lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Penutup Cabaran Trans Naning Ultra NS Challenge 2022 di sini hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang berpusat di Kampung Jawa, Labu di sini ditutup berkuat kuasa 3 Ogos lalu.

Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, penutupan pusat itu bagi tempoh enam bulan dibuat agar siasatan lanjut dapat dilakukan sebelum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan, sama ada untuk membatalkan atau tidak pendaftaran tarekat tersebut. 

Jelas beliau, pada awal Julai lalu, pihaknya telah menerima aduan tentang tarekat yang dipimpin oleh Habib Shah Firdaus telah melakukan perbuatan, perkara atau amalan yang bercanggah dengan hukum syarak serta pengamalan tarekat tasawuf seperti mana direkodkan dalam daftar di bawah perenggan 11(1)(h), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN