Tahap kesedaran wanita pedalaman kanser pangkal rahim rendah

Tahap kesedar wanita luar bandar, pedalaman terhadap kanser pangkal rahim masih rendah

DOROTHY Ong (tiga dari kanan) bersama wakil ahli Daerah Kelab Lions Antarabangsa 308B1 di Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tahap kesedaran bahaya kanser pangkal rahim atau serviks dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman masih rendah walaupun itu penyakit itu yang ketiga paling tinggi dihidapi wanita di negara ini.

Gabenor Daerah Kelab Lions Antarabangsa 308B1, Dorothy Ong Lee Ping berkata, perkara itu dapat dilihat apabila golongan wanita masih belum memahami tanda-tanda awal penyakit berkenaan.

Menurutnya, masalah kemudahan rawatan kanser yang banyak tertumpu di kawasan bandar besar turut menjadi punca golongan ini ketinggalan berkait dengan perkara tersebut

“Pada bulan Oktober ini Kelab Lions akan bekerjasama dengan Removing Obstacles to Cervical ScrEening) atau Yayasan ROSE  bersama-sama turun padang memberi kesedaran kepada mereka.

“Kita berharap lebih ramai rakyat Malaysia tahu tentang penyakit kanser dan menerima saringan untuk pengesanan awal,” katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah untuk presiden dan ahli jawatankuasa Kelab Lions Gua Musang di sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Dorothy Ong berkata, Kelab Lions Antarabangsa 308B1 ialah badan kebajikan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan lebih  daripada 100 tahun bagi membantu meningkatkan kebajikan sosial,  moral dan budaya masyarakat. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN