SRA Ibnu Kathir terima struktur bumbung baharu RM78,000

SRA Ibnu Kathir terima struktur bumbung baharu RM78,000

HANNAH Yeoh (depan, empat dari kanan) bersama wakil Persatuan Anak Jati Penchala, KRT dan wakil Persatuan Penduduk Palimbayan di SRA Ibnu Kathir, Segambut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekolah Rendah Agama (SRA) Ibnu Kathir, dekat sini menerima struktur bumbung baharu bernilai RM78,000 menggunakan peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Segambut. 

Ahli Parlimennya, Hannah Yeoh menyalurkan sumbangan itu selepas menerima permohonan daripada sekolah tersebut kerana mereka tidak mempunyai tapak perhimpunan yang sesuai dan berbumbung.

“Saya melawat SRA Ibnu Kathir di Kampung Sungai Penchala untuk melihat struktur bumbung baharu yang telah siap dibina di dataran sekolah. Sebanyak RM78,000 dibelanjakan menggunakan peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Segambut bagi pembinaan struktur ini.

“Struktur bumbung berukuran 100 x 38 kaki ini adalah permohonan daripada sekolah kerana mereka tidak mempunyai tapak perhimpunan yang sesuai dan berbumbung. 

“Guru-guru terpaksa mengalihkan kerusi dan meja kantin supaya murid-murid dapat berkumpul dan membuat aktiviti sekolah terutama semasa musim hujan atau cuaca panas,” katanya dalam satu kenyataan.

Yang turut serta dalam lawatan ke sekolah agama itu hari ini adalah wakil daripada Persatuan Anak Jati Penchala, Noorazline Mohd Zain: Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Penchala, Mohd Jeffry Fauzi dan Persatuan Penduduk Kampung Palimbayan, Mayudi Aman. 

Hannah sempat berkongsi perasaan gembiranya kerana dapat memastikan kebajikan rakyat terjaga dan memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah tersebut untuk belajar. 

“Saya amat gembira melihat bagaimana wang rakyat dikembalikan kepada rakyat dan berharap dengan pembinaan struktur baharu ini, ia memberi keselesaan kepada warga sekolah dan menaikkan semangat murid-murid untuk hadir ke sekolah setiap hari,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN