Sidang khas bincang RUU Anti Lompat Parti - Utusan Malaysia

Sidang khas bincang RUU Anti Lompat Parti

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis akan mengadakan sidang khas bagi membincangkan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di peringkat negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, sidang khas tersebut akan membahaskan pindaan sama ada terhadap undang-undang tubuh negeri atau keperluan mewujudkan enakmen baharu bagi tujuan tersebut.

Azlan berkata, pihaknya akan mengenal pasti tarikh bersesuaian bagi melaksanakan sidang khas itu yang dijangka pada tahun ini.

“Kita akan tengok masa yang sesuai (bagi melaksanakan sidang khas itu) dalam tahun ini juga. 

“Yang pastinya, ia selepas RUU itu diluluskan di Dewan Negara dan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azlan berkata, pihaknya kini masih dalam proses mengenal pasti calon berkelayakan mewakili parti itu dalam pilihan raya nanti.

Ujar beliau, kepemimpinan tertinggi UMNO juga turut memberi panduan  dalam aspek pemilihan calon di mana muka-muka baharu akan lebih diberi peluang.

“Presiden juga menasihatkan agar orang-orang lama ini memberi jalan kepada calon muka baharu dan kita akan lihat secara teliti kesesuaian calon yang memenuhi syarat,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya