Siasat segera dakwaan dokumen bocor

Siasat segera dakwaan dokumen arahkan kes-kes tertentu dipercepatkan

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa satu siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan berlakunya kebocoran dokumen surat yang kononnya mengarahkan kes-kes tertentu dipercepatkan.

Ahmad Fadhli yang merupakan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata, walaupun kesahihan berhubung dakwaan itu tidak dapat dipastikan lagi namun perkara tersebut bukanlah yang pertama berlaku.

Menurutnya, sebelum ini penghakiman yang dikatakan ‘draf awal’ telah dibocorkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Apa dah jadi ni? Mereka yang bertanggungjawab di jabatan berkenaan tolonglah bersikap amanah. 

“Apa yang dibocorkan jika benar ia dokumen yang valid ialah satu jenayah. Jika tidak benar, pihak ketiga yang susah payah mewujudkan draf palsu itu juga tetap dikira melakukan jenayah,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Ahmad Fadli memberitahu, siasatan secara forensik teknologi mampu mengesan siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan, polis membuka siasatan berhubung kebocoran dokumen draf didakwa keputusan perbicaraan rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia merujuk laporan portal bertajuk ‘Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022′ dan ‘Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here’ yang disiarkan pada 26 Ogos lalu.

Sebelum itu, polis membuka kertas siasatan berkaitan draf penghakiman dalam tiga rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa bocor semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN