Seorang youtuber mencatat keuntungan 500 peratus melalui NFT

Seorang youtuber mencatat keuntungan 500 peratus melalui NFT

Cryptokhat  #8699  yang dijual sekitar harga RM5,000 itu dibeli dengan harga RM1,000 pada bulan april 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Seorang youtuber  yang dikenali sebagai Cardock telah berkongsi di media sosial bahawa beliau berjaya membuat keuntungan sebanyak 500 peratus melalui penjualan Non Fungible Token (NFT) Cryptokhat beliau di laman Opensea.
Cryptokhat  #8699  yang dijual sekitar harga RM5,000 itu dibeli dengan harga RM1,000 pada bulan april 2022.
nft
Youtuber Cardock.
Cardock juga berkata, kenaikan ini berpunca daripada koleksi NFT Cryptokhat mula dikenali daripada pelbagai golongan masyarakat tempatan dan global.
Beliau juga meluahkan rasa sedikit terkejut kerana berjaya meraih keuntungan berlipat kali ganda walaupun pasaran matawang kripto masih mencatatkan penurunan berbanding awal tahun.
Beliau turut menjelaskan setiap satu karya cryptokhat adalah terhad dan setiap satu adalah unik.
Koleksi #8699 mempunyai beberapa ciri khusus seperti material platinum dan mengandungi kalimah al-Mujib.
Hanya tiga peratus daripada keseluruhan 10, 000 koleksi Cryptokhat mempunyai ciri material platinum.
Al-Mujib salah satu daripada Asmaulhusna yang membawa makna Yang Menjawab atau Yang Mengabulkan doa hambaNya.
Hanya 0.65 peratus daripada keseluruhan koleksi mengandungi Al-Mujib.
Cryptokhat adalah koleksi karya khat yang disimpan di blockchain Polygon network.
NFT Cryptokhat adalah koleksi terhad kaligrafi Arab yang diinspirasi daripada kalimah di dalam Al-Quran. Peminat karya seni khat boleh mendapatkan Cryptokhat di laman Opensea.
Harga Bitcoin ketika ini berada di paras USD 23, 591 sekitar 67% lebih rendah daripada harga tertinggi. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya