Semua sekolah diarah periksa tangki air utama - Utusan Malaysia

Semua sekolah diarah periksa tangki air utama

MAH Hang Soon (kanan) menandatangani plak sebagai simbolik majlis pecah tanah pembinaan dewan terbuka SK Tanjong Malim di Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah memeriksa tangki air utama bagi mengelakkan insiden di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Kelantan semalam tidak berulang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, semua jurutera yang dilantik  menguruskan tangki air utama di setiap sekolah perlu turun padang membantu pihak sekolah menjalankan pemeriksaan dengan segera.

“Kerajaan ambil berat insiden tersebut dan saya telah menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan. Mereka telah menjalankan siasatan dan mengambil  tindakan selain sudah memaklumkan kepada Bahagian Aset KPM berkenaan kos menggantikan tangki baharu.

“Pada waktu sama, kementerian mengarahkan semua sekolah supaya memastikan penyelenggaraan seperti tangki air dan fasiliti lain yang mungkin membawa mudarat dipantau dan diselenggara dengan baik,” kata beliau selepas majlis pecah tanah pembinaan dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Malim di sini hari ini.

Menurut beliau, semua kemudahan sekolah perlu sentiasa dipantau dan diselenggara dengan baik agar kejadian yang tidak diingini berlaku hingga mengancam keselamatan para pelajar dan guru serta kakitangan lain di sekolah.

Semalam, dua daripada lima pelajar perempuan SMK Melor  masing-masing cedera di tengkuk dan menerima dua jahitan pada kepala akibat terkena serpihan atap ketika berjalan di laluan pejalan kaki semasa dalam perjalanan untuk rehat di kantin apabila tangki air utama sekolah pecah.

Dalam kejadian pukul 10.05 pagi itu, empat pelajar itu dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian manakala seorang lagi dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya