Semangat patriotik bekas polis tak pernah luntur

Semangat patriotik bekas polis tak pernah luntur

JAMALUDDIN Ahmad ditemani cucu-cucunya memasang Jalur Gemilang di hadapan rumah sempena sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Tersusun Tasek di Ipoh, Perak semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POH: Sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun cukup istimewa buat seorang pesara polis di Kampung Tersusun Tasek di sini, Jamaluddin Ahmad, 64, apabila dia pasti menghias halaman rumahnya dengan Jalur Gemilang.

Jamaluddin yang menyertai perkhidmatan polis pada 1977 dan bersara pada usia 59 tahun berkata, dia sentiasa menanti-nantikan tarikh keramat 31 Ogos setiap tahun yang disambut dengan penuh semangat patriotik.

Katanya, semangat patriotik yang masih menebal dalam dirinya diserlahkan dengan cara menghias rumahnya dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri.

Apa yang istimewanya, hiasan Jalur Gemilang sambutan Hari Kebangsaan yang dipasang Jamaluddin sentiasa mengikut tema seperti tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ tahun ini.

“Saya sentiasa bersemangat memasang Jalur Gemilang di rumah menjelang sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun. Inilah antara cara menunjukkan rasa sayangkan negara.

“Semua Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak serta lain-lain hiasan ini saya pasang sendiri, saya mengambil masa dua tiga minggu untuk menyiapkannya.

“Selain Jalur Gemilang yang dibeli, saya menggunakan bahan lain seperti botol plastik mineral dan penutupnya yang disusun dan dicat dengan warna Jalur Gemilang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jamaluddin gembira apabila rumahnya yang dihias Jalur Gemilang menjadi tumpuan ramai sehingga ada yang meminta izin daripadanya untuk bergambar.

Beliau pernah menang pertan­dingan kibar Jalur Gemilang Gemilang peringkat Kinta Utara dan dua kali menang pertandingan yang sama peringkat kampung namun pertandingan itu terhenti disebabkan Covid-19.

“Ini memberi semangat untuk terus pasang Jalur Gemilang dan selagi keadaan kesihatan meng­izinkan, saya terus mengibarkan Jalur Gemilang di rumah ini setiap kali Hari Kebangsaan,” katanya.

Katanya, semangat patriotik itu disebabkan lama berkhidmat dalam pasukan polis bermula dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) pada tahun 1977. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya