Saya masih penasihat undang-undang PM - Azalina

Saya masih penasihat undang-undang PM – Azalina

AZALINA OTHMAN SAID 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa beliau masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini sekali gus menafikan beberapa laporan yang mengatakan beliau menyerahkan surat peletakan jawatan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia,” katanya ringkas di akaun media sosial miliknya.

Azalina ketika menyampaikan ucapannya dalam Taklimat Presiden UMNO minggu lalu menyentuh beberapa isu mengenai kuasa yang ada pada Perdana Menteri terhadap pelantikan Peguam Negara namun mengundang kritikan pelbagai pihak.

Ismail Sabri bagaimanapun tidak hadir dalam taklimat tersebut dan menyifatkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dihadirinya berjalan dalam keadaan mesra dan harmoni. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya