RIUH pacu ekonomi industri seni kreatif Malaysia

RIUH pacu ekonomi industri seni kreatif Malaysia

RIUH NAU! di Melaka berjaya menarik lebih 32,000 pengunjung dan mewujudkan lebih 500 peluang pekerjaan pada 5, 6 dan 7 Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi memacu pertumbuhan ekonomi mampan menerusi tarikan industri pelancongan tempatan dan antarabangsa, Kembara RIUH Keluarga Malaysia hadir sebagai program yang diyakini dapat meluaskan lagi pasaran industri kreatif negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures Sdn. Bhd., Junady Nawawi berkata, program itu adalah saluran yang menghubungkan komuniti kreatif dengan masyarakat, memperkukuh Ekonomi Jingga di Malaysia melalui pelbagai tawaran di samping mencipta peluang pekerjaan bagi pemain industri seni kreatif.

MyCreative Ventures diperbadankan pada 2012 dan adalah subsidiari milik Kementerian Kewangan yang melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk memajukan industri kreatif melalui pelaburan strategik dan inovatif.

Kata Junady, program RIUH pertama dianjurkan pada 2017 dan kali ini ia kembali dengan jenama baharu. Kembara RIUH dilihat dapat menonjolkan impak seni kreatif serta memupuk jiwa dan bangsa dan jati diri melalui kekuatan seni dan budaya.

“Program ini bertemakan Warna-Warni Malaysia dan mengetengahkan bakat serta kemahiran penggiat-penggiat seni dari 10 cabang industri kreatif termasuk seni visual, seni persembahan, muzik, seni reka, seni kulinari, seni kebudayaan dan tradisional serta kandungan kreatif, sastera dan pendidikan kreatif.

“Secara keseluruhan, melalui program ini, ia membuktikan bahawa MyCreative Ventures berjaya menyemarak industri kreatif dan menonjolkan impak seni kreatif serta memupuk jiwa bangsa dan jati diri melalui kekuatan seni dan budaya,” katanya baru-baru ini.

JUNADY NAWAWI

 

Beliau berkata, sejak awal ia dianjurkan di Lembah Klang, RIUH mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penggiat seni kreatif dan masyarakat.

Malah, ia mendapat permintaan daripada penggiat industri di luar Lembah Klang sehingga menjelajah ke negeri-negeri lain.

“Bagi menyahut aspirasi kerajaan, Kembara RIUH akan diadakan di setiap negeri secara berperingkat. Kami berharap supaya manfaat RIUH dapat disebarkan ke seluruh negara dalam usaha memartabatkan industri seni kreatif.

“Dengan meraikan seni dan budaya dan merancakkan industri kreatif, kesejahteraan dan pemerkasaan ekonomi Keluarga Malaysia dipertingkat, ini sekaligus memperkasa Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Untuk rekod, pada Jun lalu, RIUH diadakan di Kota Kinabalu Sabah menyaksikan lebih 20,000 penggiat seni dan rakyat negeri itu merancakkan program ‘RIUH BAH! bersama Hotlink’. Sambutan terhadap program RIUH di Johor juga mendapat maklum balas positif.

Pada 5 hingga 7 Ogos lalu, Kembara RIUH Keluarga Malaysia diadakan di Melaka dengan edisi ketiganya – RIUH NAU! dengan sasaran 32,000 pengunjung dan 500 peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

“Pelawat akan dapat menikmati pelbagai kedai ‘pop up’ yang mengetengahkan barangan dan bakat industri kreatif tempatan dan makanan, bengkel kreatif, pameran dan persembahan langsung,” katanya.

Mengulas lanjut, Junady berkata, strategi memaksimum potensi industri kreatif telah dikenal pasti sebagai keutamaan dalam tempoh lima tahun akan datang, malah, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menumpukan kepada Industri Jingga dalam mewujudkan impak ekonomi melalui pewujudan peluang pekerjaan.

“Ini juga akan meningkatkan sumbangan pendapatan industri kreatif dalam Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menggalakkan perpaduan sosial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya