Rempuh treler, sepasang tunang maut selang lima jam -

Rempuh treler, sepasang tunang maut selang lima jam

KEMALANGAN maut membabitkan sepasang tunang apabila motosikal ditunggang mereka merempuh belakang treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 103 Lebuhraya Utara-Selatan, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wanita dan tunangnya maut selang lima jam selepas cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka merempuh treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 103 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 10.55 malam itu, Anis Anisha Md. Ishak, 24, yang beralamat di Sik menunggang motosikal jenis Yamaha Avantis disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara tunangnya, Mohamad Fadhil Zil Ikram Mohamad Tarmizi, 19, pula menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Bagaimanapun pemandu treler berusia 46 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati pemandu treler itu terpaksa memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan enjin.

“Pemandu itu memaklumkan kepada pihak Lebuhraya PLUS dan kon keselamatan diletakkan di belakang treler berkenaan.

“Namun, motosikal yang ditunggang Anis Anisha dikatakan gagal mengelak ketika melalui kawasan itu sebelum merempuh bahagian kanan belakang treler itu,” katanya di sini, hari ini.

Kata Zaidy, rempuhan kuat itu menyebabkan Anis Anisha yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia serta-merta manakala motosikal tersebut remuk teruk di bahagian hadapan.

“Mayat pasangan tunang itu kini dalam proses bedah siasat dan saringan Covid-19 di HSAH dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya