Proton Wira bawa dua tong petrol terbakar - Utusan Malaysia

Proton Wira bawa dua tong petrol terbakar

ANGGOTA JBPM Kelantan memeriksa keadaan kereta Proton Wira yang terbakar di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan hari ini/FOTO: ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sebuah kereta  Proton Wira yang membawa muatan dipercayai dua tong petrol  terbakar di Pasir Pekan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 11.40 pagi tadi itu, seorang saksi yang berada di tempat kejadian turut melecur dan menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut gagal dikesan selepas dipercayai melarikan diri.

Ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Bomba Mohd. Farid Ismail berkata, pasukannya yang  tiba di lokasi mendapati api sedang marak sebelum berjaya  dipadam 10 minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan pasukan forensik kebakaran, kita mendapati terdapat dua tong yang mengandungi minyak petrol berada di tempat duduk penumpang belakang kereta tersebut.

“Kita dimaklumkan pemandunya menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual minyak petrol di sekitar rumah. Kita tidak menolak kemungkinan bahawa petrol dalam dua tong berkenaan adalah untuk jualan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Farid memberitahu, kuantiti petrol yang banyak dalam kereta itu dipercayai menyebabkan api cepat marak.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya