Program DNA: Insken jalin kerjasama dengan 90 pengasas produk

Program DNA: Insken jalin kerjasama dengan 90 pengasas produk

MUHD. Firdaus Azharuddin bersama sebahagian pengasas produk yang menyertai Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen DNA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Keusahawanan Negara (Insken) terus mengorak langkah dalam memperkasa kerjasama strategik bersama lebih 90 pengasas produk terkenal Malaysia melalui Program Usahawan Bisnes Dropship dan Ejen (DNA).

Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd. Firdaus Azharuddin berkata, program yang dilancarkan pada September tahun lalu itu melibatkan seramai 31 pengasas produk sedia ada dan 61 pengasas produk berdaftar sebagai rakan kerjasama baharu.

Beliau berkata, program DNA disasarkan kepada bakal usahawan yang ingin menceburi bidang keusahawanan dan masih dalam peringkat ingin memahami selok-belok perniagaan bagi mengurangkan risiko kegagalan. 

“Justeru penglibatan pengasas produk yang menawarkan pakej dropship memberi impak signifikan dalam membantu peserta memupuk nilai keusahawanan. Hasilnya, setakat awal bulan ini, seramai 3,611 peserta menjalani Program DNA.

“Daripada jumlah itu, seramai 2,344 peserta dipadankan melalui platform DNA Marketplace bersama 31 pengasas produk sedia ada yang berdaftar. Melalui program itu juga, pengasas boleh mengiklankan produk mereka di DNA Marketplace.

“Namun apa yang penting adalah pengasas produk berpeluang menjana pendapatan hasil daripada dropshipper yang terlatih melalui program ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Muhd. Firdaus, penglibatan pengasas produk memainkan peranan penting dalam kejayaan program ini kerana peserta akan memilih produk dan pakej dropship yang diminati sejurus selepas tamat program. 

Tambah beliau, pengasas produk yang berdaftar adalah bukan calang- calang kerana proses saringan dilakukan terlebih dahulu sebelum maklumat produk dan pakej dropship diiklankan di platform DNA Marketplace. 

“Antara syarat kelayakkan adalah mempunyai pakej dan sistem dropship, tahap ketersediaan sokongan kepada dropshipper dan juga bekalan produk sedia ada untuk dijual.

“Insken mengucapkan trima kasih kepada pengasas produk sedia ada seperti Sugarbomb, Das Abdul Global, Zafesha Simply, Shasya Habib, Wany Snack, dan lain- lain kerana komitmen menjayakan program DNA,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan anjuran Insken boleh didapati melalui laman web rasmi Insken di www.insken.gov.my dan media sosial rasmi Insken. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.