PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berhubung dakwaan melibatkan integriti kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak. Itu susulan laporan polis dibuat bekas Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman di Balai Polis Presint 7, Putrajaya semalam. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi Utusan…










