Polis buru lelaki Indonesia bantu kes kematian bayi 6 bulan

Polis buru lelaki Indonesia bantu kes kematian bayi 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Indonesia diburu kerana dipercayai menyebabkan kematian bayinya  di Kampung Klang Gate, Ampang, dekat sini, kelmarin.

Bayi lelaki berusia enam bulan itu dikatakan terjatuh dari katil rumah mereka dan dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan itu seorang wanita berusia 34 tahun ditahan di  Lobi Utama Tingkat 2, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Tunku Azizah Kuala Lumpur di sini, pada pukul 8.40 malam tadi.

Kata beliau, hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di bahagian paha kanan dan kening atas mata mangsa yang mana pasukan perubatan mengesyaki terdapat unsur penderaan.

“Susulan itu, Pegawai Perubatan yang bertugas di Zon Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tunku Azizah membuat laporan polis kira-kira pukul 5.30 petang, kelmarin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohamad Farouk, suspek wanita itu tidak mengaku membunuh mangsa  namun mendakwa anaknya mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan kening akibat terjatuh dari katil semasa dalam jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital.

“Semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai elektrik di ibu negara, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing turut bebas sebarang jenis dadah,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Dalam pada itu, katanya, polis sedang mengesan suami suspek, iaitu seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menyalurkannya dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.