Polis buru dua suspek pecah rumah

Polis buru dua suspek pecah rumah

TANGKAP layar rakaman CCTV yang memaparkan cubaan samun di Taman Tasek Indra, Ipoh. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang mengesan dua lelaki bersenjatakan parang yang cuba menyamun sebuah rumah di Taman Tasek Indra dekat sini yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 6.40 pagi pada Jumaat lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, cubaan suspek untuk menyamun tidak berjaya kerana telah disedari awal oleh penghuni rumah berkenaan.

“Pihak polis mengesan satu video tular yang memaparkan kejadian seorang lelaki cuba menyamun sebuah rumah. Siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Taman Tasek Indra di sini.

“Pihak polis sedang mengesan suspek terlibat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 11 saat yang memaparkan seorang lelaki berlari masuk ke dalam sebuah rumah sambil memegang sebilah parang.

Bagaimanapun, tindakan itu berjaya dihalang lelaki dipercayai penghuni rumah dengan segera menutup pintu utama kediaman berkenaan.

Kejadian itu sebelum ini didakwa berlaku di Taman Kemiri, Sungai Siput sedangkan lokasi sebenar ialah di Taman Tasek Indra, Ipoh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya