PN boleh menang PRU15 jika satu lawan lawan

PN boleh menang PRU15 jika satu lawan lawan

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG : Pertembungan satu lawan satu ramuan terbaik untuk kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau bimbang jika perlawanan tiga penjuru mengulangi episod kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Justeru, beliau mencadangkan kepemimpinan PN untuk melakukan kajian sama ada melihat untuk bekerjasama sama ada dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ramuan paling terbaik adalah satu lawan satu. Kita bimbang mengulangi tiga penjuru, kita tidak mampu ke Putrajaya. Jadi rundingan perlu dilakukan.

“Kepemimpinan perlu lakukan sama ada dengan Pakatan Harapan yang memerintah dengan polisi begitu bahaya atau Barisan Nasional yang penuh liabliti untuk dijadikan kawan ke Putrajaya.

“Kalau UMNO-Barisan Nasional ada sedikit perubahan dalam kalangan mereka, saya fikir rundingan perlu dilakukan agar episod PRU14 tidak berulang lagi,” katanya dalam pergulungan Konvensyen PN di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fadhli mendakwa isu kapal tempur pesisir pantai (LCS) merupakan permulaan dan tidak menolak kemungkinan banyak skandal bakal terdedah selepas ini.

Justeru, kata beliau rakyat akan melihat isu moral sebagai pilihan untuk memilih parti dalam PRU15.

“Insya-Allah rakyat akan melihat PN sebagai keutamaan dan pilih untuk kita mara ke Putrajaya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN