Pertubuhan Arrasyid ajak dermawan jayakan Kempen Waqaf 1,000 Telaga sempena Muharam - Utusan Malaysia

Pertubuhan Arrasyid ajak dermawan jayakan Kempen Waqaf 1,000 Telaga sempena Muharam

ar rasyid
Penganjuran kempen Waqaf 1,000 telaga oleh Pertubuhan Arrasyid membantu warga Kemboja mendapatkan air bersih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHUN baharu Islam tiba lagi, namun kedaifan hidup saudara sesama Islam di Kemboja masih di tahap yang sama. Sumber air bersih yang sangat terhad menyebabkan ibadah yang ingin dikerjakan juga terhad dan terganggu.

Rakyat Malaysia yang pernah menjejaki perkampungan Islam di Kampung Cham, Kemboja pasti tahu keadaan sebenar penduduk di sanan.

Walaupun Pertubuhan Arrasyid telah berjaya membina lebih 1,480 buah telaga untuk tahun ini, namun lebih banyak kampung yang belum dapat bantu.

Sempena awal Muharam ini, pertubuhan tersebut mengajak dermawan bersama-sama menjayakan kempen tersebut.

Dengan wakaf serendah RM150 sahaja untuk satu penama, dermawan akan dapat meringankan beban penduduk terlibat dan memastikan mereka mampu beribadah dengan lebih selesa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya