Peralatan Menyelamat ditempatkan di 50 lokasi berisiko lemas

Peralatan Menyelamat ditempatkan di 50 lokasi berisiko lemas

MOHAMMAD Hamdan Abdul Wahid (kiri) bersama M. Azman Taib (kanan) dan Abdul Razak Muda (tengah) semasa Program Khidmat Bakti Bomba di Kampung Terian, Penampang kelmarin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyediakan 50 kit peralatan menyelamat atau ‘Life Saving Appliances (LiSA)’ di seluruh negara.

Langkah itu bagi mengurangkan risiko kematian akibat kejadian lemas di kawasan berisiko tinggi yang menjadi tumpuan orang awam.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, salah satu statistik yang tinggi mengakibatkan kematian adalah kes lemas.

“Itu sebabnya kita mahu memberi pendedahan tentang kaedah menghadapi kes lemas kepada komuniti agar dapat mengurangkan risiko kematian.

“Biasanya apabila berlaku kejadian lemas contohnya di Penampang, kawasan sungai agak panjang maka, sukar untuk mencari mangsa.

“Namun, melalui LiSA apabila orang membuka peti maka, siren akan berbunyi dan ia akan menghantar lokasi GPS terus ke balai bomba berhampiran.

“Maka, pasukan bomba dapat memberi respon dan datang dengan segera ke lokasi yang dikenal pasti,” katanya selepas program Khidmat Bakti Bomba di Kampung Terian, Penampang semalam.

Pada masa ini, JPBM melalui Majlis Keselamatan Aktiviti di Air (MKAA) telah mengenal pasti kawasan berisiko tinggi yang merekodkan lima kes lemas di lokasi sama dalam tempoh tiga tahun.

Mohammad Hamdan berkata, berdasarkan laporan itu, mereka akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan badan penyelamat persendirian bagi memantau kawasan yang berisiko seperti tepi pantai, tali air atau sungai, kolam, jeram dan kawasan-kawasan lain.

LiSA dilengkapi dengan peti siren, pelampung, jaket keselamtan, ‘throwbag rope’ dan peti pertolongan cemas.

Beliau berkata, apabila kejadian lemas berlaku, orang yang ingin menyelamat tidak boleh terus bertindak terjun ke sungai kerana dikhuatiri akan turut menjadi mangsa.

“Apabila orang lemas, petuanya bantu dari tebing dahulu, jangan terus terjun kerana kita tidak tahu keadaan arus mahupun tanah jerlus di kawasan tersebut. Itu sebabnya apabila berlaku kes lemas, orang yang membantu turut menjadi mangsa.

“Ini apa yang berlaku di Puchong Jaya dalam kalangan anggota bomba sendiri. Walaupun mereka terlatih dan berkelayakan sebagai penyelamat dalam air namun, mereka juga menjadi mangsa,” katanya.

Hadir sama dalam program itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M.Azman Taib dan Pengarah JBPM Negeri Sabah, Abdul Razak Muda. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.