Penghijrahan pegawai perubatan lumpuhkan sistem kesihatan

Penghijrahan pegawai perubatan lumpuhkan sistem kesihatan negara – MMI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysian Medics International (MMI) memberi amaran bahawa tindakan pegawai perubatan meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam akan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan negara.

Katanya, doktor sanggup berbuat demikian kerana pemberian imbuhan, faedah, jaminan pekerjaan dan akses kepada peluang kerjaya yang tidak sama rata.

“Ini telah meninggalkan jurang di seluruh negara yang sukar diisi oleh doktor sedia ada.

“Jika tidak dikawal, peningkatan dalam tekanan perkhidmatan akibat daripada penghijrahan ini akan memberi kesan kesihatan yang teruk kepada doktor yang kekal dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam memorandum.

Memorandum itu disokong oleh Persatuan Perubatan MAHSA, Persatuan Perubatan Universiti Malaya, Sekolah Klinikal Persatuan Medicos Universiti Monash Johor Bahru, Persatuan Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Tunku Abdul Rahman, dan Rangkaian Mind Matters.

Justeru, MMI menggesa Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyegerakan kenaikan pangkat doktor kontrak ke gred UD47 sebaik sahaja tempoh perkhidmatan mereka berakhir.

Selain itu, MMI turut mencadangkan supaya jadual kerja doktor kontrak dan tetap diselaraskan semula, termasuk cuti bergaji dan tidak bergaji, cuti sakit kritikal, cuti pendidikan, serta cuti menjaga anak.

MMI juga menggesa kementerian serta Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menyediakan panduan jelas dan menyeluruh mengenai tatalaku di tempat kerja penjagaan kesihatan.

Ini termasuk pelaksanaan maklum balas menyeluruh mengenai prestasi doktor individu dan kelakuan profesional yang diminta daripada semua ahli tenaga kerja kesihatan, termasuk rakan sekerja kesihatan bersekutu.

Pada Julai lalu, JPA mengumumkan bahawa doktor, doktor gigi dan ahli farmasi yang menerima biasiswa kerajaan akan dibebaskan daripada ikatan untuk berkhidmat dengan kerajaan.

Bagaimanapun, mereka mempunyai pilihan untuk meneruskan perkhidmatan di swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.