Pencen ilat legakan keluarga Zulkipli

Pencen ilat legakan keluarga Zulkipli

NORHAYATI Mohd. Nor menerima ELS berjumlah RM500 yang diserahkan Awang Hashim di Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang lumpuh sejak Mei lalu serta menghidap kencing manis, dan darah tinggi hampir 18 tahun, kini menarik nafas lega selepas menerima pencen ilat.

Zulkipli Omar, 59, dari Taman Kelemak Jaya dekat sini menerima RM891.67 sebulan manakala isterinya, Norhayati Mohd. Nor, 59, pula memperoleh elaun layanan sentiasa (ELS) sebanyak RM500.

Selain itu, keluarga itu turut menerima alatan pemulihan iaitu lampin pakai buang, tilam dan susu setiap bulan.

Norhayati berkata, bantuan yang diterima daripada Perkeso cukup melegakannya kerana telah meringankan beban mereka selepas suaminya itu tidak lagi bekerja akibat lumpuh.

Katanya, kehidupan mereka agak terdesak sejak suaminya lumpuh pada 31 Mei lalu memandangkan banyak perbelanjaan perlu digunakan untuk rawatan di Hospital Melaka.

“Sejak kahwin saya hanyalah suri rumah dan saya bergantung hidup daripada pendapatan suami serta empat orang anak. Apabila dia menghidap lumpuh kehidupan kami agak susah kerana ada menanggung anak belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Pasal Perkeso ini, doktor yang merawat suami menyarankan suruh memohon. Masa tu saya tak boleh fikir sangat sebab suami tengah sakit. Jadi lepas suami keluar wad saya memohon dan alhamdulillah prosesnya sangat cepat.

“Mujurlah permohonan Perkeso diluluskan dalam tempoh sebulan. Keseluruhan faedah yang kami terima RM1,391.67 sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya menjaga suami yang terbaring,” katanya ketika ditemui selepas menerima faedah itu yang disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim semalam.

Tambah Norhayati, anak sulungnya terpaksa berhenti kerja bagi membantu menguruskan keperluan harian suaminya, manakala anak kedua pula baru mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.

“Seorang lagi anak saya lepasan sebuah universiti dan sedang mencari kerja manakala seorang lagi masih menuntut,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.