Pekerja jatuh bot ditemukan lemas

Pekerja jatuh bot ditemukan lemas

MAYAT Mohd. Razali yang dipercayai terjatuh dari bot tunda ditemukan lemas di Jeti Kelapa Right Base, Jalan Minyak Beku, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang pekerja bot tunda ditemukan lemas dipercayai terjatuh ke dalam laut di Jeti Batu 3, Jalan Minyak Beku dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kehilangan Mohd. Razali Abd. Halim, 24,  disedari oleh rakan sekerjanya kira-kira pukul 6 pagi sebelum gerakan mencari dan menyelamat dilakukan mereka.

Selepas hampir 12 jam pencarian gagal menemukan mangsa, satu laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Batu Pahat dibuat pada pukul 7 petang sebelum gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan.

“Walau bagaimanapun, pencarian yang dilakukan di sekitar kawasan perairan berkenaan dihentikan kerana hari sudah malam dan gerakan disambung semula pada hari ini.

“Mayat mangsa kemudiannya ditemukan terapung kira-kira 400 meter dari lokasi dilaporkan jatuh, iaitu di Jeti Kelapa Right Base pada pukul 12.45 tengah hari tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN