Nama PN dan BN hampir, tetapi beza jauh ibarat langit dan bumi

[Konvensyen PN] Nama PN dan BN hampir, tetapi beza jauh ibarat langit dan bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Walaupun nama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) hampir sama, namun kedua-duanya jauh berbeza ibarat langit dan bumi.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin justeru itu mengesa para pengundi tidak salah memilih pada Pilihan Raya Umum (PRU15) dengan memilih PN yang menitikberatkan aspek perjuangan integriti.

Beliau berkata, baru-baru ini dia menonton satu satu video yang viral tentang ucapan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Konvensyen BN Selangor yang memberi arahan kepada Menteri Kewangan.

“Dia bagi arahan kepada Menteri Kewangan ‘jangan ambil kesempatan, tapi ambillah mana yang sempat!’ Dia sebut ini secara serius dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin. Seolahnya semua yang hadir faham apa maksud dia.

“Ya, saya pun faham maksud dia dan saya fikir saudara dan saudari pun faham apa maksudnya. Tak perlu saya terangkan,” katanya dalam ucap tama Konvensyen Perikatan Nasional (PN) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), di sini hari ini.

Sebaliknya, kata Muhyiddin, beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini hanya memberi arahan kepada Menteri Kewangan supaya cari duit untuk diberikan kepada rakyat yang susah.

“Jadi, walaupun PN dan BN namanya hampir sama, tetapi bezanya jauh ibarat langit dan bumi. 

“Saya harap para pengundi jangan salah memilih dalam PRU15. Pilih Perikatan Nasional, bukan Barisan Nasional,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN