Najib ‘dominasi’ Taklimat Khas Presiden UMNO

Najib ‘dominasi’ Taklimat Khas Presiden UMNO

SEBAHAGIAN ahli UMNO memegang poster ‘Solidariti untuk BOSSKU" pada Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendominasi Taklimat Khas Presiden UMNO walaupun beliau sedang menjalani hukuman penjara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melaungkan ‘Malu apa bossku’ dan ‘Adil ke tidak’ beberapa kali dan disahut oleh ribuan ahli-ahli parti yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beberapa sepanduk yang mendoakan kesejahteraan Najib turut dijulang ketika taklimat, malah beberapa tabung bernama ‘Nukilan buat Najib’ turut disediakan untuk ahli-ahli parti bagi membolehkan mereka meluahkan perasaan secara peribadi.

Ahmad ketika mengacarakan majlis juga memaparkan beberapa pencapaian negara di bawah pentadbiran Najib.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika membacakan doa majlis, menangis teresak-esak ketika menyebut mengenai Najib dan mendoakan kesejahteraannya.

Peguam kepada Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula menerangkan lebih lanjut mengenai beberapa perkara yang boleh dipertikaikan dalam kes Najib.

Anak kepada Najib, Nooryana Najwa turut diberi ruang untuk berkongsi luahan mengenai bapanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN