PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu dibicarakan terhadap empat lagi kes meskipun rayuan akhirnya untuk mengetepikan hukuman dan sabitan terhadap penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. ditolak Mahkamah Persekutuan. Beliau juga akan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik jika tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau pengampunan diraja diterima dalam tempoh 14 hari bermula kelmarin. Sementara itu, anak-anak Najib iaitu Norashman dan kakaknya,…










